Utama NASIONAL JPJ siasat anggotanya tendang penunggang motosikal

[Video] JPJ siasat anggotanya tendang penunggang motosikal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan siasatan dalaman berhubung rakaman video tular membabitkan 2 anggotanya bertindak kasar semasa bertugas apabila menendang seorang penunggang motosikal.

JPJ berkata, pihak Pengurusan Tertinggi JPJ memandang serius isu berkaitan integriti dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana warga jabatan itu yang didapati melakukan kesalahan tingkah laku.

“Tindakan tatatertib yang lebih tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melanggar undang-undang negara dan peraturan jabatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 44 saat memperlihatkan 2 anggota JPJ menahan seorang penunggang motosikal. Salah seorang anggota berkenaan bertindak menendang penunggang berkenaan.

Video yang disebarkan di media sosial itu turut dipersoalkan netizen yang mempertikaikan operasi standard (SOP) anggota berkenaan dalam menjalankan tugas.

Exit mobile version