Menteri pergi ke sekolah kerana tanglung, tapi bisu isu tulisan Jawi, kata mufti Perlis - pakdin.my

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau “kagum” dengan segeintir menteri Kabinet yang pantas bertindak dalam isu dekorasi Tahun Baru Cina di sebuah sekolah, tetapi berdiam diri dalam isu tulisan Jawi.

Ini susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri lain ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong I selepas penggantungan beberapa buah tanglung di sekolah itu dikiritik sebagai cubaan menyebarkan agama bukan Islam di sekolah.

Asri berkata, bukan mudah bagi seseorang menteri yang mempunyai jadual yang sibuk untuk turun beramai-ramai membuat lawatan ke sekolah tersebut.

“Termasuk (menteri) yang jaga agama-agama, kan? Tapi, kerana ini lambang perpaduan.

“Tapi dalam isu Jawi, walaupun bukan syarat manusia mesti belajar Jawi, ia dilayan dengan tidak betul,” katanya ketika menyampaikan satu kuliah baru-baru ini.

Beliau berkata, sejak cadangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah dibangkitkan, ia menerima pelbagai kecaman dan bantahan, termasuk oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Namun katanya, kebanyakan menteri dilihat tidak berani tampil membuat kenyataan bagi membetulkan keadaan atau berkata kepada pihak terbabit bahawa tidak ia patut berbuat demikian.

“Tak ada pula menteri pergi (beritahu) bahawa Jawi juga untuk perpaduan. Pegang tanglung tak menjadikan orang itu Cina, mereka kata.

“Kita kata pasal apa nak pertahan tanglung? Pasal akidah kah? Bukan masalah tanglung tu, tetapi masalah bagaimana awak melayan isu. Ketakutan, tidak adil, sikap yang bias.” katanya.

Terdahulu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dalam surat yang ditujukan kepada pengetua sekolah berkenaan memaklumkan ia menerima aduan ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan “berlebihan” Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan.

Dalam surat itu Putra berkata, tindakan sekolah berkenaan adalah bertentangan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana ibu bapa merasakan hiasan terbabit ialah “cubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain kepada pelajar Islam”.

Dalam pada itu, Asri menegaskan beliau tidak membenci atau anti terhadap mana-mana menteri Kabinet, sebaliknya mahu mereka mengendalikan isu berbangkit “secara adil dan matang”.

“Ini kalau kena isu Islam semua tunduk, tak boleh cakap, Rahmatan lil alamin. Rahmat apa macam tu?

“Mari kepada isu orang bukan Islam, kita kena bela, Rahmatan lil alamin,” katanya.

 

UTAMAPOLITIKMenteri pergi ke sekolah kerana tanglung, tapi bisu isu tulisan Jawi, kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium