[Video] Tidak Benar Pendidikan Islam di Sekolah Aliran Kebangsaan 4 Waktu Sehari - pakdin.my

Adalah sangat mengejutkan apabila Menteri Pendidikan yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kurikulum pendidikan sekolah kebangsaan akan dikaji semula kerana ia menggunakan sehingga 4 Waktu kelas sehari untuk mengajar agama Islam.

Tiada masalah untuk merombak atau membuat perubahan.

Namun yang membimbangkan kita ialah pendirian Tun Mahathir berdasarkan fakta yang salah bahawa SK telah mengajar agama Islam sehingga 4 waktu sehari. (tonton video)

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) semakan 2017 jumlah masa maksimum pendidikan Islam adalah 180 minit atau 6 Waktu seminggu.

Ini bermakna purata pendidikan Islam sehari tidak sampai 2 waktu pun.

Jadi dari mana Tun Mahathir mendapat idea bahawa pendidikan Islam telah diajar sebanyak 4 Waktu sehari?

Cukup-cukuplah Tun! Jangan mendengar suara kumpulan liberalis agama Islam seperti G25 dan seorang syed anti-Hadis.

Elok Tun berhenti sebelum merosakkan lagi negara yang pernah Tun bangunkan ini.

Berundurlah secara terhormat.

Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIK Tidak Benar Pendidikan Islam di Sekolah Aliran Kebangsaan 4 Waktu Sehari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium