Klip Audio: Putera Abu Dhabi yang didedahkan perbualan bersama Najib melabur RM93.5b di Indonesia - pakdin.my

Inilah putera Abu Dhabi yang SPRM dedahkan dalam rakaman audio perbualan telefon saya minggu lepas.

Hari ini dia melabur USD 22.8 bilion (RM93.5 bilion) di Indonesia.

Malaysia dapat berapa?

Kerajaan putera itu juga yang menandatangani perjanjian penyelesaian antara IPIC dengan 1MDB di mana semua wang 1MDB yang didakwa hilang akan dikembalikan oleh mereka sebelum 31 Disember 2020 (tahun ini).

Tapi Guan Eng kata tak boleh dedahkan perjanjian tersebut walaupun saya telah berkali-kali mencabar tahun lepas untuk membuktikan saya telah selesaikan masalah 1MDB supaya satu sen dana mereka pun tak hilang..

Masa saya cabar saya belum didakwa. Masa itu, Guan Eng senyap dan tak mahu menjawab.

Lepas saya didakwa dalam Mahkamah, dia jawab bahawa dia tidak dapat dedahkan kerana kes sudah ada dalam mahkamah.

“November 3, 2018: Tak boleh dedah perjanjian penyelesaian 1MDB-Ipic, kata Guan Eng”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/03/tak-boleh-dedah-perjanjian-penyelesaian-1mdb-ipic-kata-guan-eng/

Paling parah ialah PH mahu batalkan perjanjian penyelesaian itu supaya kerajaan Abu Dhabi tidak ada peluang untuk mengembalikan wang 1MDB itu dengan cara yang baik dan saya tidak dinampak telah menyelesaikan isu ini.

Lalu kerajaan PH failkan saman terhadap kerajaan Abu Dhabi di London.

Sebab apa?

Kerana propaganda bahawa Najib curi bilion-bilion duit 1MDB perlu diteruskan oleh PH.

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKKlip Audio: Putera Abu Dhabi yang didedahkan perbualan bersama Najib melabur RM93.5b...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium