Dedah kaitan KBS dan parti dadah yang dihadiri ADUN Dengkil - pakdin.my

KBS patut dedah apakah kaitan penganjur parti dadah dengan KBS, jika benar ada unsur penyelewengan dan rasuah, Syed Saddiq wajib letak jawatan.

1. Seorang ahli perniagaan yang sedang cuba mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan didakwa menjadi dalang kepada pesta yang diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang Adun Selangor baru-baru ini.

2. Memetik sumber yang tidak didedahkan, portal The Malaysian Insight melaporkan, ahli perniagaan terbabitlah yang membawa datang beberapa wanita serta menyediakan dadah untuk tetamu yang berkunjung ke premis berkenaan.

3. Memetik laporan NST pada 15.1.2020 yang mengesahkan bahawa Timbalan Presiden Malaysian Gymnastics Federation, Kau Git Kaur adalah antara yang ditahan pada parti dadah.

4. NST juga mengesahkan unit Kondo dimana parti dadah itu berlaku adalah didaftarkan di bawah GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Syarikat ini menjalankan perniagaan “supply of sports equipment” yang telah menjadi pembekal Dan Kontraktor kementerian Belia Dan sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2002. Maklumat urusan perniagaan Di antara syarikat tersebut Dan KBS dan KPM adalah seperti berikut:

SUKMA XIX PERAK 2018
2018 : Supplier of Judo Mats, Basketball Backstops and accessories

AKADEMI BOLASEPAK MERAH KUNING
2018 : Supplier of fitness equipment

MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
2017 : Supplier of fitness equipment

29TH SEA GAMES KUALA LUMPUR
2017 : Supplier of gymnastics and rhythmic equipment

GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
2017 : Supply and install Gymnova Sprung Floor

SUKMA SARAWAK
2016 : Supply Competition Rhythmic Carpet

PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN JOHOR
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring

PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KEDAH
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring

PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERLIS
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring

PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERAK
2015 : To supply gymnastics equipment

PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KUALA SELANGOR
2014 : To supply gymnastics equipment and sports flooring

13TH ASIAN JUNIOR RHYTHMIC GYMNASTICS CHAMPIONSHIPS
2014 : Official Equipment Supplier

MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL
2013 : Supplier of Sepak Takraw Flooring

NATIONAL RG TEAM, NSC, BUKIT JALIL
2013 : Supplier of RG Competition Floor

16TH SUKMA, KUALA LUMPUR
2013 : Supplier of Gymnastics Equipment and Judo Mat

NATIONAL GYMNASTICS CENTER, BUKIT JALIL
2012 : Supplier of gymnastics training equipment

PAHANG SPORTS SCHOOL, MALAYSIA (SSM)
2012 : Supplier of gymnastics equipment

NATIONAL SPORTS COUNCIL
2011 : Supplied Gymnastics Pit System

NATIONAL SPORTS COUNCIL
2010 : Supplier of Gymnastics Equipment

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
2009 : Supplier of Mini Gymnastics Equipment

SUKMA TERENGGANU
2008 : Supplier of gymnastics equipment

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
2008 : Supplier for Gymnastics and Mini Gymnastics

SUKMA KEDAH
2006 : Supplier for gymnastics equipment and basketball equipment

NATIONAL GYMNASTICS CENTRE(NGC)
2006 : Supplier for National Gymnastics Centre

NSC, MSN SELANGOR & SHAH ALAM
2004 : Diving Board Supplier

SUKMA NEGERI SEMBILAN
2004 : Main Supplier for 29 sports

NATIONAL AQUATIC TRAINING CENTRE, CHERAS
2003 : Diving Board Supplier

NATIONAL AQUATIC TRAINING CENTRE, CHERAS
2003 : Diving Board Supplier

SUKMA SABAH
2002 : Optimist Supplier

5. Turut ditahan sewaktu itu, Adun dengkil Dan juga beberapa pegawai khas termasuk pegawai khas Menteri KBS, YB Syed Saddiq.

6. KBS patut dedahkan kepada rakyat berkenaan apakah urusan terkini di antara KBS dan GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Kehadiran pegawai khas YB Syed Saddiq di parti anjuran seorang ahli perniagaan yang telah menjadi kontraktor KBS dan KPM sejak tahun 2002 menimbulkan keraguan yang besar yang perlu diperjelaskan kepada rakyat.
7. KBS perlu menjawab beberapa persoalan, iaitu, Adakah tender tender yang diberikan kepada syarikat tersebut sebelum ini diberikan secara telus, Dan adakah syarikat tersebut sedang dalam proses untuk mendapatkan tender baharu daripada KBS?

8. KBS juga patut, dengan kadar segera membuat laporan kepada SPRM dan membiarkan SPRM untuk menyiasat jika wujud unsur rasuah atau penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan KBS dengan syarikat tersebut.

9. Jika SPRM mengesahkan bahawa terdapat unsur rasuah atau penyelewengan atau salah guna kuasa, YB Syed Saddiq patut meletakkan jawatan dengan kadar segera, selaras dengan janji beliau di dalam Parlimen pada 25.11.2019 , semasa menjawab tentang isu pemberian kontrak pembekalan makanan bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat di Institut Belia Negara (IKBN), bahawa dirinya akan menjadi orang pertama akan meletak jawatan jika terbukti wujud penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung pemberian tender berkenaan.

Oleh:
ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI
AKTIVIS & PEGUAM

Rujukan :

https://www.themalaysianinsight.com/s/212882

https://www.nst.com.my/sports/others/2020/01/556606/mgf-suspends-deputy-president-after-alleged-arrest-drug-raid

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631960/syed-saddiq-sedia-letak-jawatan-jika-berlaku-penyelewengan

https://www.gkgroup.com.my/portfolio

UTAMAPOLITIKDedah kaitan KBS dan parti dadah yang dihadiri ADUN Dengkil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium