#PRKKimanis: Mahathir perlekeh pilihan rakyat - pakdin.my

Tun Mahathir kata Warisan/PH kalah di Kimanis sebab rakyat belum rasa kebaikan pemerintahan PH.

Sebenarnya Warisan/PH kalah sebab rakyat sudah terlebih rasa dan semakin sengsara akibat keburukan pemerintahan PH.

Dulu PH kata “baru kahwin takkan dah nak dapat anak”.

Namun kini sudah hampir dua tahun sejak PRU-14, janji tidak tunai malah keadaan menjadi semakin mudarat.

Bila sudah kalah beginipun Tun masih mahu bermain-main dengan kata-kata seolah memperlekehkan pilihan rakyat.

Jawatan pun mahu pegang sampai dua walaupun kederat dan ingatan sudah tidak seberapa.

Adakah Tun mahu berpegang kepada kuasa sehingga ke hujung nyawa walau apa pun yang menimpa rakyat dan negara?

Kembalilah ke jalan Allah, Tun. Kuasa, jawatan dan ego itu tidak boleh dibawa ke akhirat.

Oleh: Isham Jalil

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKKimanis: Mahathir perlekeh pilihan rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium