Virus seperti SARS ragut nyawa ke-3 di China, ratusan kes baru dilapor - pakdin.my

BEIJING: China hari ini melaporkan satu virus misteri seperti SARS sudah merebak di negara itu, termasuk ke Beijing, menimbulkan kebimbangan ketika jutaan mula melancong sempena Tahun Baru Cina.

Individu ke-3 disahkan meninggal dunia, kata pihak berkuasa, ketika hampir 140 kes diumumkan.

Koronavirus baka baru itu menyebabkan cemas kerana kaitannya dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk, yang meragut nyawa hampir 650 orang di serata tanah besar China dan Hong Kong pada 2002-2003.

Di Wuhan, bandar utama di mana koronavirus itu mula ditemui, 136 kes baru dikesan pada hujung minggu, kata pesuruhjaya kesihatan tempatan, tanpa butiran lanjut mengenai mangsa yang meninggal dunia.

Pihak berkuasa kesihatan di daerah Daxing di Beijing berkata, 2 orang yang pergi ke Wuhan sedang dirawat kerana radang paru-paru yang dikaitkan dengan virus itu dan mereka dalam keadaan stabil.

Di Guangdong, seorang lelaki dari Shenzhen berusia 66 tahun dikuarantin pada 11 Jan kerana demam dan menunjukkan gejala lain selepas melawat sanak saudara di Wuhan, kata pesuruhjaya kesihatan wilayah itu dalam kenyataan.

Seramai 201 orang didiagnos dengan virus itu di China. Di Wuhan, 178 orang masih dirawat di hospital, termasuk 9 dalam keadaan kritikal, kata pesuruhjaya kesihatan bandar itu.

Wuhan, yang mempunyai 11 juta penduduk, merupakan hab pengangkutan utama, termasuk ketika musim cuti Tahun Baru Cina di mana jutaan rakyat China melancong ke serata negara untuk melawat ahli keluarga.

UTAMADUNIAVirus seperti SARS ragut nyawa ke-3 di China, ratusan kes baru dilapor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium