[Video] Yang dijanji, mansuhkan tol. yang dapat, lanjutkan tol 20 tahun - pakdin.my

Koleksi klip video.
– Bila bercakap dia berbohong
– Bila berjanji dia mungkir janji
– Bila diberi amanah dia khianat

Yang dijanji, mansuhkan tol.
Yang dapat, lanjutkan tol 20 tahun.

Guan Eng bengang dengan saya kerana saya bagi fakta dan menyoal kenapa baki tempoh konsesi PLUS dilanjutkan 110% dari 18 tahun ke 38 tahun lagi.

Sedangkan janji mereka ialah untuk mansuhkan tol – bukan untuk lanjutkan tempoh tol.

Menteri Kewayangan balas bahawa sekurang-kurangnya kerajaan tak perlu bayar pampasan lagi kepada PLUS selepas tempoh tol dilanjutkan.

Ada apa dengan kefahaman Guan Eng ini?

Saya dah kata…

PLUS ini 51% milik kerajaan dan 49% milik KWSP setelah kita ambil balik sepenuhnya dari tangan swasta pada tahun 2011 masa saya PM.

Jadi, apa-apa pampasan yang dibayar oleh kerajaan adalah mengalir ke kerajaan sendiri dan KWSP – bukan kepada mana-mana pihak swasta atau kroni.

Dengan itu, apa salahnya kerajaan BN dahulu bayar pampasan kepada KWSP?

Kerajaan BN dahulu amat rela untuk membayar pampasan setiap tahun kepada KWSP untuk tidak menaikkan tol dan tidak melanjutkan tempoh tol supaya dividen KWSP mampu lebih tinggi.

Kerana yang mendapat manfaat ialah Rakyat seluruh negara termasuk pantai timur, Sabah dan Sarawak – bukan hanya kepada pengguna tol pantai barat sahaja.

Cara ini lagi adil!

Adakah pencarum KWSP merupakan kroni dalam mata Guan Eng?

Ya, saya mengaku Rakyat adalah kroni saya.

Apa salah saya jaga Rakyat?

…………
Tak seperti BN, PH tak perlu bayar pampasan, Guan Eng jawab Najib

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Najib Razak kerana mengatakan Barisan Nasional tidak menaikkan kadar tol di lebuh raya PLUS selepas 2005.

Lim berkata tidak seperti BN, kerajaan sekarang tidak perlu bayar pampasan kepada konsesi lebuh raya.

Beliau berkata pada 2011, BN melanjutkan konsesi tol selama 20 tahun tetapi membenarkan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun.

“Sudah tentu ketika itu kadarnya tidak naik tetapi mereka perlu bayar pampasan,” katanya kepada pemberita pada satu majlis hari ini.

Beliau berkata bawah Pakatan Harapan, tiada pampasan dibayar dan tidak seperti formula tol BN, formula yang digunakan PH “lebih baik dalam setiap aspek”.

Lim mengulas komen Najib di Facebook mengatakan kadar tol lebuh raya PLUS tidak pernah naik semasa beliau menjadi perdana menteri.

Najib juga berkata BN memberikan diskaun 20% dari Sept 2009 hingga Jul 2014 menerusi skim Rebat Tol Pengguna Kerap 1Malaysia.

Lim juga berkata tiada sebarang kenaikan kadar selain pengurangan kadar tol sebanyak 18% itu.

“Sebenarnya, kita bolehkan pengurangan kadar tol sebanyak 18% sepanjang tempoh konsesi (20 tahun) kerana kerajaan ini menolak dasar-dasar kerajaan lepas yang menswastakan keuntungan dan merakyatkan kerugian,” katanya.

Beliau berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya beberapa syarikat. “Itu yang kita boleh lakukan, yang BN tak boleh buat.”

Beliau juga membidas Najib yang mengatakan pentadbirannya memansuhkan 11 tol, termasuk di Sarawak.

“PH juga boleh buat tapi itu lagi penting daripada Lebuh Raya Utara-Selatan?” soalnya.

Lebuh raya yang dikendalikan PLUS Malaysia termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, LPT2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, dan Jambatan Pulau Pinang.

Khazanah memegang 51% kepentingan dalam PLUS sementara KWSP memegang 49%.

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju tiada kenaikan tol selama 38 tahun akan datang, apabila perjanjian konsesi tamat pada 2058.

Ia juga berkata keputusan itu tidak akan menjejaskan kewangan kerajaan kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS.

UTAMANAJIB RAZAK Yang dijanji, mansuhkan tol. yang dapat, lanjutkan tol 20 tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium