Indeks Harga Pengguna naik 1% pada bulan Disember - pakdin.my

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Disember 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.3 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks pelbagai barangan & perkhidmatan (2.4%), makanan & minuman bukan alkohol (1.7%), perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (1.7%), pendidikan (1.7%), komunikasi (1.5%),hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (1.4%) dan kesihatan (1.4%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding November 2019 disokong terutamanya oleh makanan & minuman bukan alkohol (0.5%) dan restoran & hotel (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi suku tahun keempat 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.1 berbanding 120.9 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019, malah IHP bagi tahun 2019 mencatatkan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol meningkat 1.7 peratus pada Disember 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan sayur-sayuran (5.7%), ikan & makanan laut (2.5%), keluaran makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (1.8%) dan buah-buahan (1.4%).

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah bawang kecil (30.7%), bawang putih (25.3%), bawang besar (21.7%) dan timun (19.7%).

Indeks Makanan di luar rumah meningkat 2.5 peratus pada Disember 2019 berbanding Disember 2018.

Kenaikan harga bagi nasi berlauk, makanan berasaskan mee dan ayam goreng telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Menurutnya, tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.5%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.4%) dan Johor (1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.0 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Johor (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.1%) iaitu melebihi paras nasional 1.7 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Disember 2019.

UTAMAEKONOMIIndeks Harga Pengguna naik 1% pada bulan Disember

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium