#Coronavirus: Akhirnya! kemudahan tanpa visa rakyat China dari Hubei digantung - pakdin.my

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬

Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China‬

Nota kaki:
Rasa macam cerita lawak kerana Hubei telah di lock down. Kerajaan China telah menghalang rakyat mereka dari Hubei keluar dari Wilayah tersebut sejak 23 Januari 2020.

UTAMABERITA#Coronavirus: Akhirnya! kemudahan tanpa visa rakyat China dari Hubei digantung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium