Pemandu mabuk: Sampai bila respon MOT cuma akan kaji? – Hishammuddin - pakdin.my

Bimbang lihat kadar kemalangan didakwa berpunca pemandu mabuk kebelakangan ini. Semalam dan 4 hari lepas di Klang. 5 hari sebelumnya di Ipoh. November lepas di KESAS. Seolah-olah tiada langsung rasa takut dan bersalah bagi segelintir pemandu!

Saya gesa pihak berwajib terutama MOT tidak lagi berlengah. Takkan setiap kali berlaku insiden begini, responnya cuma akan kaji? Nak kaji sampai bila? Kelmarin PDRM pun kata hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Saya setuju dan mesti disegerakan!

Malah, mungkin dah tiba masa peraturan kadar alkohol dalam badan ketika memandu diperketatkan. Kalau ikut Laporan Keselamatan Jalanraya 2018 yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia bukan negara yang mempunyai ‘good drinking driving laws’. Ini mesti diambil perhatian.

Gesaan saya ini bukan sengaja hendak cari ruang hukum pesalah. Tetapi ini soal keadilan, khususnya kepada mangsa apatah lagi yang kehilangan nyawa. Dan ini juga soal kesedaran serta keselamatan. Harap Kerajaan PH tidak ambil mudah isu ini!

Hishammuddin Hussein

UTAMAPOLITIKPemandu mabuk: Sampai bila respon MOT cuma akan kaji? - Hishammuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium