Kenyataam Media: Pengenalan semula PPSMI - pakdin.my

Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan negara harus berdasarkan kajian dan data bukan emosi dan ego mana-mana penguasa.

Kajian pelbagai pihak ke atas PPSMI ketika kali pertama dilaksanakan menunjukkan dasar ini gagal sama sekali.

Dalam masa yang sama negara telah mempunyai Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ini dibuat oleh pakar-pakar pendidikan bukannya mengikut nafsu politik mana-mana individu.

Juateru tidak wajar Tun Mahathir secara semberono mengarahkan perubahan yang bertentangan dengan perancangan sedia ada.

Pengenalan semula PPSMI juga dijangka memerlukan perbelanjaan berbilion ringgit.

Adalah lebih baik Kementerian Pendidikan memfokuskan kepada peningkatan kualiti infra pendidikan terutama dari segi ratio guru dan pelajar serta keperluan teknologi moden dalam pembelajaran.

Ab Jalil Backer
Presiden Akar
Angkatan Karyawan Nasional

UTAMABERITAKenyataam Media: Pengenalan semula PPSMI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium