Lelaki baru pulang dari China ‘hilang’ lepas diperiksa di hospital Sungai Buloh ditemui dirumah - pakdin.my

Hospital Sungai Buloh membuat aduan polis selepas seorang pesakitnya – yang dirawat sebagai suspek penghidap novel coronavirus – didapati ‘hilang’.

Menurut laporan polis, individu itu yang berusia 24 tahun dan dari Rawang, dimasukkan ke hospital terbabit kira-kira jam 1.05 petang selepas mengalami demam dan batuk-batuk selama dua hari.

Dia juga mengaku berkunjung ke China antara 19 hingga 26 Jan dengan dua hari daripada tempoh itu berada di Wuhan.

Untuk rekod, Wuhan ialah ibu negeri wilayah Hubei dan menjadi pusat kepada penyebaran penyakit yang kini meragut lebih 250 nyawa di China setakat ini.
Iklan

Difahamkan pihak hospital menjalankan ujian bagi mengesan koronavirus pada lelaki terbabit dan sementara menunggu keputusan mengenainya, dia diminta berada di wad yang disediakan.

Bagaimanapun kira-kira jam 3.30 petang suspek tidak dapat dikesan dan polis dihubungi tidak lama kemudian.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin, mengesahkan lelaki terbabit tidak melarikan diri.

Sebaliknya kata beliau, suspek pulang ke rumahnya selepas berasa terlalu lama menunggu di hospital itu.

“Apabila polis menghubunginya, dia memberikan respon positif.

“Sekarang dia sudah kembali ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan,” katanya malam tadi.

UTAMABERITALelaki baru pulang dari China 'hilang' lepas diperiksa di hospital Sungai Buloh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium