back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Tindakan Tegas Terhadap Kakitangan Salah Guna Peruntukan

    Ahmad Husni Hanadzlah

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan kementerian dan agensi yang menyalahgunakan peruntukan serta tidak mengikuti prosedur ditetapkan.

    Beliau berkata, bagi menangani isu penyelewangan, kerajaan menyediakan sistem semak dan imbang, iaitu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terbabit dalam penyelewengan.

    “Ia perlu supaya mereka yang terbabit tidak terlepas daripada hukuman dan masalah penyalahgunaan peruntukan tidak berulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komputer 1Malaysia di sini hari ini.

    Ahmad Husni berkata, kerajaan tegas mengamalkan konsep akauntabiliti dan perkara itu jelas melalui laporan yang dibentangkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

    “Mesej sudah kita berikan kepada perkhidmatan awam di mana tindakan tegas harus diambil bagi meningkat kualiti, integriti dan kredibiliti perkhidmatan awam,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan mengarahkan semua pegawai membuat penyenaraian isu yang sudah dibangkitkan dalam laporan audit berkenaan untuk tindakan lanjut.

    Ahmad Husni berkata, kerajaan akan menyemak dan menilai laporan itu dan jika terdapat penyelewengan, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak termasuk pegawai kerajaan.
    Beliau berkata, bagi memperkemaskan lagi sistem kerja, kerajaan akan memperkenalkan sistem baru mulai Januari depan yang menyaksikan prestasi kerja kakitangan perkhidmatan awam dinilai untuk kenaikan pangkat.

    “Melalui sistem ini juga, kakitangan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan,” katanya.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)