Timbalan Perdana Menteri Turun Padang Di Dua DUN Selangor Khamis Ini - pakdin.my

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke Selangor di bawah program “Nurani Rakyat Sayangi Selangor” pada Khamis di kawasan Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan Batu Tiga, Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin akan memulakan program mesra rakyat itu di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Di sana, beliau akan bertemu dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia daripada pelbagai kaum dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, menyampaikan sumbangan Aidiladha, dan cermin mata kepada pelajar terpilih dari 22 sekolah serta sumbangan kepada tokong Cina untuk kegiatan mereka.

Muhyiddin dijadual menyertai masyarakat tempatan menunaikan solat Asar di Masjid Ubudiah Seksyen 19, Shah Alam dan menyampaikan sumbangan Aidiladha, katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Zin berkata Timbalan Perdana Menteri juga dijadual menghadiri satu perhimpunan rakyat di Pangsapuri PKNS di Seksyen 17 di sini sebelum melancarkan projek Laman AGRO dan menyampaikan sumbangan Aidiladha.

“Timbalan Perdana Menteri akan mengunjungi rumah beberapa pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan bagi mengenali mereka dengan lebih akrab,” katanya.

UTAMABERITATimbalan Perdana Menteri Turun Padang Di Dua DUN Selangor Khamis Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium