Kerajaan Pusat Tetap Bantu Kedah Walaupun Tiada Permohonan - pakdin.my

Kerajaan Pusat tetap akan menghulurkan bantuan banjir kepada rakyat Kedah walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak memohon peruntukan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan pusat akan terus membantu rakyat selari dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Bagaimanapun, Kerajaan Kedah wajar mempunyai persediaan pada tahap yang tinggi bagi menghadapi sebarang malapetaka selain banjir supaya dapat bergerak dengan pantas membantu rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Wang Zakat dan Penyerahan Lembu Korban Umno Bahagian Jerai di Kompleks Fama di Guar Chempedak dekat sini.

Mukhriz mengulas kenyataan Kerajaan Kedah yang merayu agar Kerajaan Pusat menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Beliau turut berharap kerajaan negeri tidak mempolitikkan musibah bencana alam.

UTAMABERITAKerajaan Pusat Tetap Bantu Kedah Walaupun Tiada Permohonan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium