#Coronavirus: Durian tempatan turun separuh harga kerana permintaan dari China menurun - pakdin.my

Harga durian di Malaysia dilaporkan telah turun dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, memandangkan permintaan dari China menurun kerana wabak novel coronavirus yang bermula di negara itu.

Agensi Berita Singapura, Channel News Asia melaporkan yang kekangan dalam industri logistik China, penutupan bandar-bandar dan perubahan corak pengguna disebabkan wabak, telah memberi impak kepada industri durian tempatan.

Laporannya merujuk kepada petani durian Andy Tan yang mendakwa harga durian yang dijualnya sudah turun sekurang-kurangnya 50%.

Tan yang beroperasi di Segamat biasanya mengeksport buah durian dan pes durian beku ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Qingdao. Dia berkata hampir tiada pesanan dari sana untuk durian dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini setelah beberapa bandar di China ditutup.

Industri logistik di China kini kekurangan buruh untuk memindahkan durian, dan untuk produk melepas kastam juga terdapat kelewatan.

Ini menyebabkannya melengahkan memproses produk untuk pasaran China.

Dia kini berusaha untuk menjual duriannya di pasaran tempatan atau mencari pasaran di Singapura.

Ramai petani mempunyai durian dan kini mencari alternatif lain untuk menjual. Kami menjangkakan permintaan durian dari China meningkat, tetapi kini semuanya berubah.

Begitulah sifat perniagaan durian. Kami kena jual durian berlebihan dengan segera pada harga lebih murah.

Disebabkan coronavirus, corak pengguna untuk durian dipercayai berubah kerana di sana, durian dianggap sebagai ‘buah mewah’ dan ia biasanya dimakan beramai-ramai sambil bergembira.

Situasi seperti ini tidak mungkin berlaku di saat rakyat China mengurangkan pergaulan sewaktu kebimbangan dijangkti novel coronavirus. 

UTAMABERITA#Coronavirus: Durian tempatan turun separuh harga kerana permintaan dari China menurun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium