[Video] Najib ziarah keluarga Allahyarham Abam, doa roh dicucuri rahmat - pakdin.my

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang hadir menziarahi keluarga Allahyarham Abam Bocey.

Suasana sedih dan hiba masih lagi menyelubungi sekitar kawasan Masjid Gombak Utara ketika Najib tiba. Najib meluangkan masa bertemu ibu Abam dan ahli keluarga yang lain.

Najib berharap mereka tabah menghadapi dugaan kehilangan ahli keluarga dan berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Suasana yang sedih dan pilu. Saya di Masjid Gombak Utara jumpa keluarga Allahyarham Abam Bocey.

“Takziah dan saya berharap semua tabah menghadapi dugaan hidup ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah.

Allahyarham Abam merupakan pelawak yang menganggotai  kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pawal pagi tadi.

Abam dikatakan demam dan sakit kepala beberapa hari lalu. Kehilangan Abam hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bersolat subuh pagi tadi.-SM

UTAMANAJIB RAZAK Najib ziarah keluarga Allahyarham Abam, doa roh dicucuri rahmat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium