Udang goreng mentega… menyelerakan dimakan ketika masih panas - pakdin.my

Oleh kerana laskar sudah tidak berminat dengan politik dan pembaca pun sudah menurun, apa kata kita beralih kepada gaya hidup seharian. Kali in kita masak-masak dan makan-makan yang enak-enak.

PELBAGAI masakan boleh disediakan dengan makanan laut seperti udang.

Apa kata kali ini anda cuba masakan yang sedap dan mudah untuk dimakan seisi keluarga.

Lebih enak jika dimakan panas-panas.

Bahan- bahan:

500gm udang harimau – siang, belah belakang, cuci bersih dan toskan

4 biji telur saiz kecil

1/2 cawan susu segar

Daun ketumbar- hiris

Daun kari

5 biji cili api – hiris

Secubit garam

Sedikit mentega

Sedikit minyak masak

Cara-cara:

1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan

2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega.

3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun ketumbar. Jika mahu, boleh juga masukkan daun kari untuk bau yang lebih enak.

4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati.

5. Biarkan seketika di atas api. Angkat dan hidang!

UTAMAPOLITIKUdang goreng mentega... menyelerakan dimakan ketika masih panas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium