Kakitangan restoran makanan segera popular dijangkiti koronavirus, hampir sepertiga outlet di China ditutup sementara waktu - pakdin.my

SEORANG kakitangan restoran makanan segera, KFC di Xi’an, Wilayah Shaanxi telah didiagnosis mendapat jangkitan wabak koronavirus 2019-nCoV, demikian menurut laporan dalam akhbar.

Yum China Holdings, syarikat yang berpangkalan di Shanghai yang memiliki francais KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di tanah besar China, telah mengumumkan bahawa ia menutup buat sementara waktu hampir satu pertiga daripada 9,200 cawangannya ekoran wabak koronavirus.

Syarikat itu juga berkata jualan dan keuntungannya pada tahun ini bakal terjejas teruk susulan wabak tersebut.
Sementara itu KFC berkata ia tidak dapat meramalkan bila restoran akan dibuka semula.

Siaran akhbar memetik Joey Wat, ketua eksekutif Yum China Holdings sebagai berkata: “Keutamaan kami ialah kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami. Kami telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan di restoran dan tempat kerja lain untuk membantu melindungi pekerja dan pelanggan kami”.

Sehingga Isnin, angka korban akibat wabak koronavirus di China dilaporkan melebihi 900 orang, manakala bilangan kes yang disahkan pula mencecah 40,171 kes. – Dailystar

UTAMADUNIAKakitangan restoran makanan segera popular dijangkiti koronavirus, hampir sepertiga outlet di China...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium