Anwar Disifatkan Angkuh Ugut Haramkan PAS - pakdin.my

(Harakah) – Amaran pernah dilontar Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa PAS juga boleh diharamkan adalah satu kenyataan yang angkuh, demikian bidas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Malah, beliau menempelak Anwar sebagai merapu dan sombong dalam keadaan diri yang penuh ketidaktentuan disebalik tuntutan pihaknya supaya peralihan kuasa berlaku dan menguar-uarkan diri sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Tempelakan tersebut disuarakannya secara terbuka ketika ceramah pada Himpunan Anak Muda Istiqamah (HIMMAH) Negeri Perak 3.0 di Dewan Abdul Wahab Nor, Markas PAS Bagan Serai, Masjid Tinggi, di sini kelmarin dahulu.

“Dia kata PAS jangan ajar PH, jangan ajar Putrajaya mengharamkan parti, nanti dia akan haramkan parti PAS. Tak sempat jadi Perdana Menteri, sombong dah? Jadilah dulu Perdana Menteri, baru boleh sombong.

“Ini dalam keadaan terumbang-ambing, nasib kamu sendiri pun tak tahu dekat mana, ini nak haramkan kami? Sombong! PKR ini, dia beranak atas riba PAS ketika Perdana Menteri keempat terajang dia keluar.

“Ketika kamu kena terajang (dulu) kamilah daripada PAS tolong beri ruang kepada PKR ini, PAS yang tolong sambut. Umpama doktor, (masa lahir) pakar bedah PAS, yang riba PAS, PAS bagi pampers, beri susu lagi.

“Nak kerusi (pilihan raya), PAS beri kerusi bertanding, PAS sanggup tarik calon dia, beri kepada calon PKR untuk bertanding. Tiba-tiba kamu berasa kuat, sekarang begitu keadaan kamu. Eh, nak salahkan kita pula.

“Yang kamu kedudukan PM ke-8 tak tahu ke mana lagi. Sebab itu dia paling susah hati sekarang. Maka sekarang itulah kedudukan Anwar. Jadi kamu jangan sombong. Hari itu orang PAS tolong sembahyang hajat sebab tengok mata lebam. Dengar cerita dia tumbuk dia sendiri.

“Kamu jangan sombong, jangan angkuh sampai kami solat hajat sekali lagi, tidak tercapai cita-cita kamu. Jangan kamu sombong. Bila kamu sombong, kejatuhan dan kehinaan kamu kali kedua lebih hina daripada kehinaan yang pertama,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan Anwar supaya menyedari disebalik langkahnya untuk peralihan kuasa menjadi Perdana Menteri, ramai lagi pihak lain cuba menghalangnya.

UTAMAPOLITIKAnwar Disifatkan Angkuh Ugut Haramkan PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium