Majlis Peguam Minta Kerajaan Pinda Undang-Undang Yang Menekan Golongan LGBT - pakdin.my

Apakah yg dijuangkan oleh LGBT ini? Adakah mereka jadi LGBT sejak lahir atau setelah mendapat pengaruh songsang dari Barat atau dari pemimpin mereka?

Kalau mereka khunsa sejak lahir pun mereka tidak bebas melanggar undang-undang. Apakah tuntutan mereka yang minoriti itu untuk melanggar undang-undang merupakan satu hak asasi?

Perlukah majoriti yang patuh kepada undang-undang itu tunduk kepada minoriti yang mahu melanggar undang…

Apa pandangan PAS dan ahli PKR ang berugama Islam

Majlis Peguam Minta Kerajaan Pinda Undang-Undang Yang Menekan Golongan LGBT

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menegaskan, jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang penindasan ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Majlis Peguam juga mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Majlis Peguam, katanya lagi tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang telah pun bermula dari 1 November lalu sehingga 13 November ini.

Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.

Kata Lim, Majlis Peguam berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.

Majlis Peguam, katanya sangat mengalu-alukan kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau adalah perdana menteri kepada sebuah negara yang progresif dan liberal sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar the Sydney Morning Herald pada 27 Oktober lalu.

Dalam tulisannya itu, kata Lim, Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya dan pelbagai etnik dengan sejarah keharmonian sosial yang dapat dibanggakan dan mengalu-alukan orang luar.

Malangnya, kata Lim, di Malaysia, golongan LGBT ini untuk sekian lamanya dilayan sebagai “orang luar”, walaupun mereka adalah warga negara ini.

“Golongan LGBT di Malaysia telah berhadapan dengan keperitan hidup termasuklah ketiadaan jaminan keselamatan diri ekoran gangguan sivil dan juga pihak berkuasa Syariah malah mereka sentiasa hidup dalam ketakutan,” ujarnya pada Rabu.

UTAMABERITAMajlis Peguam Minta Kerajaan Pinda Undang-Undang Yang Menekan Golongan LGBT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium