Kebakaran berlaku di pulau peranginan dekat Sabah - pakdin.my

SEMPORNA: Sebahagian kawasan membabitkan lapan bilik penginapan, 10 rumah pekerja di Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge, Pulau Mabul dekat sini, musnah dalam kebakaran Selasa petang (18 Feb).

Kejadian pada sekitar 5.35 petang itu turut memusnahkan kedai alat menyelam, restoran, bar, penjana elektrik, bilik penampat, serta sebuah rumah kampung berhampiran.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam satu kenyataan hari ini (19 Feb) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai perkara itu pada 5.40 petang, dan menyusuli itu 11 anggota daripada Balai Bomba Atas Air Semporna menaiki bot Kevelar dan bergerak ke lokasi.

Bagaimanapun, pasukan bomba berdepan dengan kesukaran untuk sampai ke tempat kejadian ekoran keadaan cuaca berangin dan laut bergelora, sebelum terpaksa berpatah balik ke jeti, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PGO Sabah turut menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) bagi mendapatkan bantuan aset laut yang bersesuaian, untuk membawa pasukan bomba ke lokasi namun faktor keadaan angin kuat serta laut bergelora juga, menyebabkan aset APMM dan TLDM tidak dapat digerakkan untuk sampai ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah rumah pekerja, yang seterusnya merebak ke tempat lain, dan kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pekerja resort dan penduduk kampung dengan menggunakan pam air diesel serta alat pemadam api, selain terpaksa memutuskan jambatan resort untuk mengelakkan api terus merebak,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, menurut pengurus resort berkenaan, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan berlaku dalam kes berkenaan.

– BERNAMA/TQ/tq

UTAMABERITAKebakaran berlaku di pulau peranginan dekat Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium