Ahli Parlimen Umno, PAS naik bas ke Istana Negara - pakdin.my

Sekumpulan ahli Parlimen Umno dan PAS bergerak bersama-sama menaiki bas ke Istana Negara, selepas berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak pagi tadi.

Sekumpulan lagi menaiki kenderaan masing-masing. Kumpulan ini mula bergerak pada 2.40 petang tadi.

Beberapa pegawai parti memaklumkan antara wakil rakyat Umno yang berkumpul sejak 10 pagi tadi Annuar Musa (Keterah), Ismail Sabri Yaacob (Bera), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Najib Razak (Pekan) tiba kira-kira 2.15 petang tadi.

Mereka menunggu wakil rakyat PAS antaranya Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok), dan Takiyuddin Hassan (Kota Bharu).

Semalam, seorang pemimpin PAS mendakwa ia dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong.

UTAMAPOLITIKAhli Parlimen Umno, PAS naik bas ke Istana Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium