PM Interim: Perlembagaan jangan dibaca terlalu kompleks - pakdin.my

Perlembagaan menyatakan Parlimen hanya boleh dibubarkan oleh YDA Agong atas nasihat Perdana Menteri.

YDP Agong secara bersendirian tiada hak bubar. Ini bertujuan mengelak penyalahgunaan kuasa oleh YDP Agong untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Namun hak ini hanya terhad ketika Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Sebaik beliau hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat atau meletak jawatan, maka hak tersebut telah berpindah kepada YDP Agong secara sepenuhnya.

Perdana Menteri interim bukan lantikan mengikut Perlembagaan. Ia hanya kuasa budi bicara Baginda YDP Agong. Justeru beliau tidak mempunyai kuasa seperti dalam peruntukan Perlembagaan.

Apa-apa nasihat Perdana Menteri interim ini tidak perlu didengar oleh YDP Agong kerana beliau bukan lagi ‘lantikan rakyat.’

Sebaliknya tugas Dr Mahathir melaksanakan titah Agong kerana beliau dilantik atas ihsan baginda.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKPM Interim: Perlembagaan jangan dibaca terlalu kompleks

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium