UtamaNASIONALPerutusan Y.A.B. Perdana Menteri...

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah - pakdin.my

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan sifat Rahman dan RahimNya maka kita dianugerahkan lagi dengan sambutan Aidiladha. Kita berada di hari ibadat dengan penuh kegembiraan dengan mengingati Allah S.W.T. Kita diharamkan berpuasa selama empat hari berturut-turut sebagai menyatakan kegembiraan kita. Ketahuilah bahawa, Syariat Aidiladha jelas membawa bersamanya banyak mesej dan pengajaran kepada umat Islam.

Pada bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengagungkan Allah S.W.T. yang telah mengurniakan kemakmuran, keamanan, ketenteraman serta kestabilan ekonomi negara kita. Dengan demikian kita dapat beramal dan melaksanakan tugas harian kita dengan sempurna. Ekonomi negara kita semakin berkembang dan kita hidup dalam suasana aman damai.

Justeru, tidak ada amalan yang paling mulia pada bulan ini melainkan membelanjakan harta benda dan wang ringgit dalam batas yang sewajarnya dengan melakukan ibadah korban pada tanggal 10 hingga 13 Zulhijah. Ianya merupakan tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. serta sama-sama dapat membantu orang lain khususnya fakir miskin dalam menikmati daging korban tersebut.

Sesungguhnya, pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidiladha ini adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam.

Banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan kita. Kekuatan yang ada juga dapat dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara. Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu.

Sememangnya, konsep kesatuan dan kesamaan amat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan silaturrahim sesama umat. Ia terlalu penting sehingga Rasulullah S.A.W. memperingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada’ di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Maksud sabda Baginda “ Wahai Manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang yang berkulit hitam juga tidak ada kelebihan atas orang yang berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan Takwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa”.

Akhirnya, saya dan isteri serta keluarga yang sekarang berada di Mekah Al-Mukarramah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua berada. Di Tanah Suci ini juga, saya mendoakan kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia. Saya turut mendoakan agar kita di beri kemurahan rezeki bagi membolehkan ekonomi diri, keluarga dan negara terus berkembang dan negara kita kekal dilimpahi kemakmuran.

Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan Aidiladha ini melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

http://www.1malaysia.com.my

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...