COVID-19: Hari ke-11 PKP catat kematian ke-27 - pakdin.my

Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19, pada jam 10.50 pagi hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu merupakan kes ke-2,162, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam lepas, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

“Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada dalam tempoh 24 jam lepas.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

“Sejumlah kes COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara telah direkodkan semenjak kebelakangan ini.

“Oleh itu, KKM memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan. Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab,” katanya lagi.

————————-

Berikut adalah imbasan rekod kematian yang disahkan oleh KKM selepas hampir dua bulan negara digegarkan dengan ancaman pandemik COVID-19:-

Kes Kematian 1
– Melibatkan kes ke-178,
– Seorang lelaki warga Malaysia di Johor berumur 34 tahun, yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling (yang dianjurkan selama 27 Februari hingga 1 Mac).
– Didapati bergejala mulai 5 Mac (12 hari sebelum meninggal dunia) dan telah dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19.
– Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU.
– Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Kes Kematian 2

– Melibatkan kes ke-358,
– Seorang lelaki warga tempatan yang juga paderi berusia 60 tahun di Sarawak dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
– Mula bergejala pada 7 Mac (10 hari sebelum meninggal dunia) dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.
– Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.
– Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Kes Kematian 3

– Membabitkan pesakit daripada kes ke-152,
– Seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.
– Mula bergejala pada 9 Mac lalu (11 hari sebelum meninggal dunia) dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk), selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
– Disahkan meninggal dunia pada jam 6:27 petang, 20 Mac.

Kes Kematian 4

– Membabitkan kes ke-238.
– Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala angkitan Pernafasan Akut Teruk.
– Diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di unit rawatan rapi (ICU).
– Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac, jam 1.30 pagi.

Kes Kematian 5

– Merupakan kes ke-1031
– Melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia
– Mengalami demam dan batuk selama 5 hari dan telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac.
– Pada hari kedua, dipercayai mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan.
– Dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
– Mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

Kes Kematian 6

– Merupakan kes ke-1032.
– Melibatkan anak perempuan kes kematian kelima kes ke-1031.
– Seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun.
– Mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020.
– Disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

Kes Kematian 7

– Merupakan kes ke-230.
– Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.
– Keadaan kesihatan mula merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac.

Kes Kematian 8

– Merupakan kes ke-781
– Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.
– Kemudian, dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.
– Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac pada jam 4.00 petang.

Kes Kematian 9

– Merupakan kes ke-890
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun.
– Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki.
– Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Kes Kematian 10

– Merupakan kes ke-259
– Seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh.
– Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.4.05 petang.

Kes Kematian 11

– Merupakan kes ke-1,070 –
– Seorang lelaki berumur 70 tahun dan warganegara Malaysia.
– Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Kes Kematian 12

– Merupakan kes ke-1,114.
– Seorang lelaki, rakyat tempatan yang berumur 70 tahun.
– Allahyarham merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling
– Dirawat di Hospital Kluang, Johor.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 13

– Merupakan kes ke-1,006.
– Berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia.
– Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke1031.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 14

– Merupakan kes ke-595
– Seorang wanita tempatan berumur 51 tahun.
– Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
– Dirawat di Hospital Miri.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 15

– Merupakan kes ke-1519.
– Seorang lelaki berusia 71 tahun berasal dari Melaka.
– Mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
– Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020

Kes Kematian 16

– Merupakan kes ke-1334
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.
– Beliau telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.
– Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020,” ujarnya.
– Mangsa disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 mangsa masih dalam siasatan.

Kes Kematian 17

– Merupakan kes ke-1,251
– Mangsa merupakan warga tempatan berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik.
– Mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.
– Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama.
– Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020,
– Disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi.

Kes Kematian 18

– Merupakan kes ke-1,625.
– Lelaki warga Malaysia berumur 56 tahun.
– Beliau juga memiliki latar belakang penyakit kronik dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 2.00 pagi pada 25 Mac.

Kes Kematian 19

– Merupakan kes ke-1,246.
– Sorang wanita warga Malaysia berumur 68 tahun.
– Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac tetapi tahap kesihatannya semakin merosot dan diberi bantuan pernafasan di ICU.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 12.53 pagi pada 25 Mac.

Kes Kematian 20

– Merupakan kes ke-780
– Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun.
– Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
– Telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

Kes Kematian 21

– Merupakan kes ke-1,588.
– Seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.
– Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling
Mangsa mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas disahkan positif pada 23 Mac.
– Semasa dalam rawatan, kesihatan lelaki itu merosot.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi pad 26 Mac 2020.

Kes Kematian 22

– Merupakan kes ke-1797.
– Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama.
– Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 8.15 malam

Kes Kematian 23

– Merupakan kes ke-1840.
-Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.
– Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak mulai 23 Mac 2020,
– Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID-19.
– Disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari.

Kes Kematian 24

– Merupakan kes ke-1056.
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
– Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020,
– Disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes Kematian 25

– Merupakan kes ke-2032.
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.
– Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes Kematian 26

– Merupakan kes ke-1321.
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1309).
– Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 pada 10.30 pagi.

Kes Kematian 27

– merupakan kes ke-2,162.
– lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
– Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

UTAMABERITACOVID-19: Hari ke-11 PKP catat kematian ke-27

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium