Biasa merokok di balkoni, lelaki maut jatuh tingkat 12 - pakdin.my

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartmen itu bersama empat rakannya dan mangsa sering duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama

UTAMABERITABiasa merokok di balkoni, lelaki maut jatuh tingkat 12

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium