back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    EU akui usaha transformasi Malaysia

    Negara Eropah memperaku dan memuji hasrat Malaysia untuk berubah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Duta dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Vincent Piket.

    Beliau berkata, Malaysia akan dikenang sebagai sebuah negara yang mengubah ekonominya pada ketika negara lain berusaha menyelamatkan ekonomi masing-masing serta menyekat perbelanjaan awam dan swasta.

    Beliau juga berkata, negara dalam EU kagum dengan dasar transformasi Malaysia, terutamanya Program Transformasi Ekonomi (ETP).

    “ETP menerima respons yang hebat dan positif daripada kalangan negara-negara dalam EU, kerana beberapa sebab penting.

    “Paling penting, ETP amat konkrit dalam semua aspek. Pelaburan, komitmen, perbelanjaan, tindakan dan langkah semuanya amat positif dan ini secara langsung akan meningkatkan kebolehpercayaan program ini dalam usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI),” katanya dalam satu forum yang diadakan sempena taklimat kemajuan terkini ETP di sini, hari ini.

    Piket berkata, Malaysia menerusi program transformasinya, mempunyai pendekatan yang lebih logik terhadap pasaran asing.

    “Saya boleh simpulkan bahawa ETP dan GTP serta program transformasi yang lain adalah inisiatif berani dan dengan pendekatan yang positif, berada pada landasan yang betul dalam persekitaran kewangan yang tidak menentu ini,” katanya.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend