贸工部吁有意乡区设厂的制造业投资者申请奖掖 - pakdin.my

 

国际贸易与工业部副部长拿督慕克里说,有意协助乡区发展制造业的投资者,可在政府的特别奖掖计划下申请相关协助。

他说,投资者作出申请是很重要的,因为这能让贸工部鉴定应发放给有关计划的相关奖掖,从而让乡区人民受惠。

“除了给予投资者‘先驱者地位’及投资税津贴外,贸工部也将提供物质及非物质奖掖,如豁免原料、零件、机械或工厂设备的进口税。”

慕克里今日在国会下议院问答环节时,这么回答古打毛律区国会议员拿督阿都拉曼的提问。

阿都拉曼的问题是贸工部将提供什么特别奖掖,以吸引投资者到乡区设厂。

慕克里也说,其他物质奖掖包括豁免税务、简易贷款计划、培训与教育补助金;非物质奖掖则包括提供基础设施,以及若本地人不符合相关工作的要求,公司也聘请外籍人士。

“上述奖掖是提供给高科技和高价值乡区设厂计划。”

他说,政府至今已推动5项经济走廊计划,以鼓励平衡的工业发展,包括乡村地区的发展。

 

Parlimen: Skim Galakan Istimewa Tarik Pelabur Dalam Sektor Perkilangan Luar Bandar

Pelabur yang berminat membangunkan sektor perkilangan di kawasan luar bandar boleh memohon insentif di bawah Skim Galakan Istimewa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata permohonan itu penting bagi membolehkan kementerian mengenal pasti insentif yang relevan untuk diberikan kepada projek berkenaan supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Selain taraf perintis dan elaun cukai pelaburan, insentif lain yang ditawarkan adalah berbentuk fiskal dan bukan fiskal, selain pengecualian duti import ke atas bahan mentah atau komponen dan mesin atau peralatan kepada syarikat perkilangan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang ingin tahu insentif khusus yang diberikan untuk menarik minat pelabur membuka kilang di luar bandar.

Mukhriz berkata insentif fiskal termasuk pengecualian cukai pendapatan, pinjaman mudah, geran latihan dan geran penyelidikan dan pembangunan, manakala insentif bukan fiskal adalah penyediaan kemudahan infrastruktur dan fleksibiliti untuk menggaji pegawai dagang sekiranya tiada pekerja mahir tempatan untuk mengisi jawatan teknikal dan profesional.

Beliau berkata skim itu ditawarkan untuk projek-projek yang disasarkan yang berteknologi tinggi, bernilai tambah tinggi, berdasarkan pengetahuan dan mempunyai nilai rantaian yang meluas.

Selain itu, Mukhriz berkata kerajaan telah menubuhkan lima Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi bagi menggalakkan pembangunan perindustrian seimbang termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya setiap projek yang dibangunkan di wilayah ekonomi berkenaan menerima insentif umum iaitu taraf perintis dengan pengecualian pendapatan sebanyak 70 peratus daripada pendapatan berkanun bagi tempoh lima tahun dan elaun cukai pelaburan 60 peratus daripada jumlah pelaburan modal yang layak dalam tempoh yang sama.

UTAMABERITA贸工部吁有意乡区设厂的制造业投资者申请奖掖

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium