[Video] Pihak berkuasa buru pendatang tanpa izin di Menara City One - pakdin.my

Pihak berkuasa dikatakan menjalankan operasi menahan pendatang tanpa izin di Menara City One berdekatan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, yang ketika ini bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan.

Menurut seorang penghuni yang mahu namanya dirahsiakan, polis dan imigresen menyerbu “seluruh Jalan Masjid India” mencari pendatang tanpa izin sekitar 11 pagi tadi.

“Ramai orang ditangkap,” kata penduduk itu.

Sumber berkata mereka dimaklumkan tentang serbuan itu menerusi WhatsApp.

Katanya, menurut mesej yang diterima, mereka yang ditangkap itu kerana permit kerja sudah tamat.

Sumber mendakwa seorang jirannya ditangkap.
“Saya nampak dia dibawa pergi,” katanya.

Kebanyakan warga asing di Menara City One warga Bangladesh, Pakistan, dan Indonesia.

Ketika dihubungi, pegawai imigresen di Kuala Lumpur meminta FMT tunggu kenyataan rasmi kerajaan.

Terdahulu dilaporkan lori polis dan imigresen dikesan di Menara City One, dan beberapa anggota dilihat memakai kelengkapan pelindung diri.

Seorang penghuni Menara City One, Susiyati Soemarto, 50, berkata “ratusan van” dilihat pada 8 pagi tadi.

“Saya dan kawan-kawan terkejut. Kenapa begitu banyak van polis? Mungkin mereka akan lancar operasi skala besar.”

“Mereka datang rumah saya pada 1 tengah hari. Mereka mahu tengok dokumen saya, paspot dan adakah saya ada tiket penerbangan pulang,” kata Susiyati dari Surabaya.

Katanya, pihak berkuasa tidak tanya banyak soalan selepas ditunjukkan dokumen.

Mereka yang tiada dokumen atau permit akan diminta turun ke tingkat bawah, kata Susiyati.

“Ada orang yang saya tidak kenal dan orang yang saya kenal dibawa pergi,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa pergi ke setiap unit dan tingkat.

UTAMABERITA Pihak berkuasa buru pendatang tanpa izin di Menara City One

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium