My Voice 1M – Bala Tentera Baharu BN - pakdin.my

Sementara itu, petang tadi Datuk Seri Mohd Najib melancarkan bala tentera baru Barisan Nasional – sukarelawan media sosial – My Voice Satu Malaysia.

Ia sejajar dengan revolusi teknologi komunikasi dan maklumat, ICT di negara ini.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

“Bergerak di FB, Twitter, video sesiapa saja yang kita anggap sebagai pelaku media sosial ini. Saya nak nyatakan bahawa BN mengiktiraf saudara saudari sekalian, iktiraf dalam erti kata saudara saudari merupakan para pejuang dan bala tentera baru BN”.

Datuk Seri Mohd Najib melancarkan My Voice Satu Malaysia sempena Konvensyen Media Sosial Satu Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Katanya – wahana itu penting kerana golongan muda kini menggunakan alam maya sebagai saluran utama sumber maklumat.

Justeru, ia perlu digunakan bukan sahaja untuk mendengar denyut nadi rakyat dan menyampaikan maklumat kepada rakyat, malah menjadi satu landasan untuk menilai pandangan rakyat terhadap kerajaan.

Lebih 1,500 pengamal media sosial yang mempunyai akaun laman blog, Twitter dan Facebook – menghadiri konvensyen ini.

UTAMABERITAMy Voice 1M - Bala Tentera Baharu BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium