[VIDEO] Mahfuz Label Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Luar Tabii - pakdin.my

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar hari ini melalui satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi miliknya dilihat telah melabelkan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin sebagai Perdana Menteri luar tabii.

Melalui video berdurasi lima minit empat puluh saat itu, beliau turut mempertikaikan tentang isu Sidang Parlimen yang diwar-warkan hanya akan berlangsung selama sehari iaitu pada 18 Mei 2020 ini susulan ancaman virus Covid-19.

Menurut beliau, tempoh tersebut terlalu singkat untuk dijadikan pentas semak dan imbang bagi membincangkan beberapa isu ketirisan terutamanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal bernilai RM30 juta. – MSentral

Facebook Mahfuz Omar

Berita berkaitan
[Video] PKP: Mahfuz Omar memfitnah dan menghasut rakyat – sila ambil tindakan

UTAMAPOLITIK Mahfuz Label Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Luar Tabii

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium