[Audio] Mahathir sendiri mahu PPBM keluar PH – hari ini juga (Mesyuarat MPT 23 Feb 2020 - pakdin.my

Rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu (PPBM) bertarikh 23 Februari 2020 dengan jelas Dr Mahathir sendiri berkata mahu PPBM keluar PH dan mahu ianya dilakukan segera (hari ini juga).

Dengar lah apa Tun sendiri cakap dan boleh nilaikan sendiri putar belit yang sering dilakukan oleh Dr Mahathir kononnya beliau tidak pernah meninggalkan Pakatan Harapan.

Mahathir dalam mesyuarat MPT tersebut berkata:

“.. Cumanya saya pun tak suka pada DAP, tak suka pada Anwar, yang lain juga macam itu juga..” dipercayai untuk mempengaruhi MPT bersetuju PPBM keluar dari Pakatan Harapan.

“… tapi ini semua soal masa sahaja, nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini, kalau kata hari ini, ok.. hari ini.

” Hari ini kita keluar dari Pakatan Harapan

” Dibawah ini pula adalah kenyataan bersama kepimpinan PPBM hari ini (19 Mei 2020)”

KENYATAAN BERSAMA AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI (MPT) DAN KETUA BADAN PIMPINAN NEGERI (BPN) PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

1. Kami ingin menegaskan bahawa MPT BERSATU dalam mesyuaratnya pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti- parti lain di luar PH. Keputusan ini adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan.

2. Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional. Demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju BERSATU menyertai Perikatan Nasional.

3. Kami juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Presiden BERSATU.

1. Tan Sri Dato’ Sri Panglima Abdul Rashid Bin Abdul Rahman – Naib Presiden

2. Datuk Abdul Rashid Bin Asari – Naib Presiden (Ketua BPN Selangor)

3. Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun – Ketua Srikandi

4. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin – Setiausaha Agung

5. Dato’ Mohamed Salleh Bin Bajuri – Bendahari Agung

6. Dr Radzi Jidin – Ketua Penerangan

7. Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yassin – Ahli MPT

8. Muhammad Zahid Bin Md Arip – Ahli MPT

9. Datuk Dr Sukiman Bin Sarmani – Ahli MPT

10. Azlinda Binti Abd Latiff – Ahli MPT

11. Datuk Mohd Rafig Bin Naizamohideen – Ahli MPT

12. Wan Mohd Shahrir Bin Wan Abd Jalil – Ahli MPT (Ketua BPN Pahang)

13. Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman – Ahli MPT

14. Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu – Ahli MPT (Ketua BPN Perak)

15. Najwah Halimah Binti Abd Halim – Ahli MPT

16. Datuk Nordin Bin Salleh – Ahli MPT

17. Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof – Ahli MPT (Ketua BPN Melaka)

18. Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh – Ahli MPT

19. Datuk Wira Dr. Rais Hussin Bin Mohamed Ariff – Ahli MPT

20. Wan Saiful Bin Wan Jan – Ahli MPT

21. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Bin Yatim – Ketua BPN Negeri Sembilan

22. Datuk Kamarudin Bin Md Nor – Ketua BPN Kelantan

23. Datuk Seri Hajiji Bin Hj. Nor – Ketua BPN Sabah

24. Datuk Razali Bin Idris – Ketua BPN Terengganu

25. Mazlan Bin Bujang – Ketua BPN Johor

26. Kapt (B) Muhammad Suhaimi Bin Yahya – Ketua BPN Wilayah Persekutuan

27. Jaziri Alkaf A. Suffian – Ketua BPN Sarawak

19 MEI 2020

Janngan lupa subscribe

UTAMAPOLITIK Mahathir sendiri mahu PPBM keluar PH - hari ini juga (Mesyuarat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium