Monday, February 26, 2024

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media- pakdin.my

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, pihaknya memandang serius mengenai laporan tersebut.

“Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

Laporan mendakwa dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan sidang media, dipercayai berhubung sokongan mereka dalam parti itu.

Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Parlimen Sri Gading akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Bersatu.

UtamaPOLITIKMenteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR