11 maut bangunan runtuh di Mumbai, India #pakdin.my

MUMBAI – Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk tujuh kanak-kanak, maut dan tujuh lagi cedera dalam kejadian bangunan tiga tingkat runtuh di Mumbai, India pada Rabu akibat hujan lebat, lapor Xinhua.

Lebih ramai mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan dan operasi menyelamat sedang dijalankan, kata seorang pegawai dari badan awam.

Bangunan itu terletak di kawasan padat di pinggir bandar Malad, Mumbai.

Berkaitan