11 Termasuk Empat Pegawai Kastam Ditahan, Dadah Bernilai RM14 Juta Dirampas - pakdin.my

Mohd Bakri (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpu
Mohd Bakri (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpu

Polis mematahkan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 individu, termasuk empat pegawai Jabatan Kastam dan merampas dadah bernilai RM14 juta.

Difahamkan pegawai Kastam berkenaan bekerjasama dengan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Antara lain yang ditahan dalam serbuan itu adalah empat warga Nigeria dan seorang warga India, yang merupakan anggota sindiket.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis membongkarkan sindiket itu berikutan siri serbuan di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember.

“Kita percayai mereka terlibat dalam aktiviti ini selama setahun.

“Kita jangka lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.

 

Empat pegawai kastam antara 11 individu yang ditahan kerana disyaki mendalangi dua rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Ia hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang turut menemui dadah bernilai RM14 juta.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin kumpulan itu menggunakan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA sebagai laluan masuk.

Serbuan dilakukan di sekitar Hulu Kelang dan Negeri Sembilan sejak 14 Disember lalu.

Antara yang ditahan ialah warga Nigeria dan seorang warga India.

Datuk Seri Mohd Bakri berkata demikian dalam satu sidang media di Bukit Aman, siang tadi.

Ujarnya, dalam operasi Sabtu lalu polis turut merampas 68.61 kilogram dadah jenis syabu, 9.7 kilogram heroin dan 25.3 kilogram bahan kafin.

Turut ditemui sepucuk pistol jenis CZ bersama 30 butir peluru dan wang tunai bernilai RM34,950.

Jelas beliau lagi, pihaknya berjaya menghidu taktik licik yang digunakan anggota sindiket terbabit selepas mengenalpasti modus operandi mereka.

Keldai dadah yang tiba di klia tidak akan mengambil bagasi sebaik mendarat.

Sebaliknya mereka akan terus keluar dan menginap di hotel.

Bagasi itu kemudiannya akan dihantar pihak lapangan terbang ke hotel berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 58 tahun kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

UTAMABERITA11 Termasuk Empat Pegawai Kastam Ditahan, Dadah Bernilai RM14 Juta Dirampas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium