110 hilang tempat tinggal Rumah Panjang Champing terbakar di Jalan Bintulu Miri - pakdin.my

tmp_9281-rumah panjang champing bintulu terbakar-900653795

BINTULU: Seramai 110 penghuni rumah panjang 18 pintu di Jalan Miri-Bintulu, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi di Rumah Panjang Champing itu disedari beberapa penghuni, lalu pantas mengejutkan penghuni lain yang nyenyak tidur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.34 pagi dan sebuah jentera dengan 10 anggota dihantar ke tempat kejadian kira-kira 32 kilometer (km) dari Balai Bomba Bintulu.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.10 pagi, kebakaran sudah memusnahkan keseluruhan rumah panjang berkenaan.

“Bomba menggunakan sumber air terbuka untuk memadam dan mengawal kebakaran itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

UTAMABERITASARAWAK110 hilang tempat tinggal Rumah Panjang Champing terbakar di Jalan Bintulu Miri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium