110,174 keluarga terima Bakul Prihatin Negara - pakdin.my

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengagihkan Bakul Prihatin Negara kepada 110,174 keluarga setakat semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 388,801 isi rumah di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat semalam juga, JKM telah menerima 466,216 permohonan Bakul Prihatin Negara dari seluruh negara.

“Terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang menyokong usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Semoga usaha murni ini akan memberi dorongan kepada sektor swasta lain untuk turut bersama-sama memberikan bantuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITA110,174 keluarga terima Bakul Prihatin Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium