UtamaNASIONALPAS Pecat Hasan Ali

PAS Pecat Hasan Ali - pakdin.my

PAS pada Ahad memutuskan untuk memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kenyataan pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS,” kata Abdul Hadi.

Hasan menerima kecaman hebat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat kerana pendiriannya yang bercanggah dengan perjuangan parti.

Kemelut menjadi semakin meruncing apabila beliau mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS bersama sekutunya dalam manifesto parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

Ekoran itu, Hasan meminta pemimpin PAS supaya kembali memperjuangkan dasar sebenar parti tersebut untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Bagaimanapun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah memohon maaf kepada kepimpinan tertinggi PAS dan menarik balik kenyataannya yang menjejaskan nama parti.

Terbaru, keadaan menjadi lebih tegang, apabila beliau mempersoalkan kewajaran pemimpin PAS untuk menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901’ pada Isnin yang dipersetujui oleh Abdul Hadi dan Timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau turut mengkritik kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun berlaku.

Menurutnya, hanya ada dua calon yang layak untuk memegang jawatan itu iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkara berkenaan.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS menyokong keputusan pemecatan Hasan yang dibuat secara sebulat suara oleh PAS Pusat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Hasan bagaimanapun masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura selepas ini.

“Jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini,” kata Nasrudin dalam laman Facebooknya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...