Mengaburi Pelanggan Dengan Ayat Suci, Kedai Mamak Diserbu - pakdin.my

 

Beberapa buah kedai Mamak sekitar Ampang, Kuala Lumpur diserbu Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia, LPKPM, kerana berselindung di sebalik kalimah Allah, Rasul dan ayat Al-Quran untuk mengaburi mata pelanggan sedangkan hakikatnya restoran berkenaan tidak pernah memohon status halal JAKIM, sekaligus tiada jaminan halal.

Operasi tengahari tadi di ketuai Presiden LPKPM, Datuk Seri Sharuddin Awang Yahya dengan dibantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ.

Serbuan disalah sebuah restoran mendapati terdapat kalimah Allah dan ayat-ayat Quran dipamerkan namun disahkan tiada sijil halal JAKIM.

Kebanyakan pekerja pula adalah warga asing dan bukan beragama islam.

DATUK SERI SHARUDDIN AWANG YAHYA / PRESIDEN LEMBAGA PELINDUNG DAN KEBAJIKAN PENGGUNA
Mereka yang meletakkan ataupun menggunakan perkataan Al-Quran ni adalah salah dari segi undang-undang iaitu memperdayakan orang Islam supaya makan di kedai tersebut jadi ini banyak kita dapati aduan yang dia orang macam keliru sama ada ini betul mamak ke ataupun sebaliknya.

Tinjauan di bahagian dapur juga mendapati keadaan kotor dan berbau busuk akibat longkang tersumbat dengan sisa makanan.

Selain disaman, tindakan akan diambil dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 membabitkan perakuan dan penandaan halal.

Sabit kesalahan, denda RM100 ribu ringgit dan penjara 3 tahun boleh dikenakan.

UTAMABERITAMengaburi Pelanggan Dengan Ayat Suci, Kedai Mamak Diserbu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium