[Video] 2 ADUN dari UPKO keluar parti menyokong PN – Warisan bakal tumbang - pakdin.my

Kerajaan Warisan Sabah bakal tumbang? Di percayai 32 ADUN Sabah bersama PN dan 32 Surat Akuan Bersumpah (SD) telah bersedia untuk di serahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), parti blok kerajaan negeri hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong Perikatan Nasional demi pembangunan kawasan mereka.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam satu sidang akhbar diadakan di kediaman Limus di Jalan Pintas, Penampang, dekat sini, yang turut dihadiri beberapa penyokong mereka.

Sebelum ini, Limus merupakan Naib Presiden UPKO dan Ketua UPKO Bahagian Beaufort manakala James selaku Ahli Majlis Tertinggi UPKO.

Limus berkata, keputusan beliau meninggalkan UPKO adalah kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti ketika ini yang tidak konsisten dalam perjuangan dan matlamat hala tuju parti.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA 2 ADUN dari UPKO keluar parti menyokong PN - Warisan bakal...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium