Covid-19: Leka berparti rai tamat perintah berkurung, seorang wanita bersama 15 rakan positif dijangkiti - pakdin.my

SEORANG wanita yang dijangkiti coronavirus bersama 15 rakannya memberitahu bahawa mereka ‘cuai’ selepas keluar untuk meraikan berakhirnya perintah berkurung.

Erika Crisp berkata, dia disahkan positif Covid-19 setelah meraikannya bersama rakan-rakan di Jacksonville, Florida di Amerika Syarikat (AS).

Pekerja penjagaan kesihatan berusia 40 tahun itu sakit selama lapan hari. Bercakap kepada News4Jax, dia memberitahu bahawa rakan-rakan lain turut dijangkiti virus itu.

Dia kini percaya premis perniagaan kembali beroperasi terlalu cepat, dan menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan penjarakkan sosial.

Erika berkata, dia berasa menyesal kerana terlalu leka sehingga mengambil kesempatan terhadap premis perniagaan yang dibuka semula. Tambahnya, mereka sepatutnya memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Susulan kejadian itu, kelab di mana mereka meraikannya beramai-ramai, menutup premis untuk kerja-kerja pembersihan.

Bagaimanapun, premis berkenaan memberitahu ia akan terus ditutup buat sementara waktu sekiranya terdapat pekerja yang disahkan positif Covid-19. – Mirror

UTAMADUNIACovid-19: Leka berparti rai tamat perintah berkurung, seorang wanita bersama 15 rakan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium