Covid-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk? KKM nafi - pakdin.my

Walaupun majoriti mula memahami kehidupan dalam normal baharu bagi mendepani Covid-19, pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus giat menyalurkan pelbagai informasi mengenai pandemik pembunuh dunia itu.

Terbaharu, KKM menjawab persoalan berbangkit mengenai cara jangkitan Covid-19 yang masih belum jelas oleh sebilangan besar individu.

Menerusi akaun rasmi di Twitter, KKM menjelaskan bahawa jangkitan Covid-19 disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti.

Perkara itu secara tidak langsung menolak andaian bahawa Covid-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk.

“Bolehkah Covid-19 disebarkan melalui jangkitan nyamuk?

“Jawapan. Tidak boleh. Covid-19 disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti,” terang KKM di media sosial.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengentengahkan konsep 3C dalam usaha membanteras Covid-19.

3C yang dimaksudkan adalah mengelak berada di tempat yang sesak (crowded places), tempat tertutup (confined spaces) dan perbualan secara rapat (close conversation).

UTAMABERITACovid-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk? KKM nafi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium