Hina Jata Negara: Jangan jadi Si Tanggang - pakdin.my

Ramai yang masih tak faham bahawa parti politik dan kerajaan adalah dua entiti berlainan.

Nak benci parti politik?

Be my guest!

Tapi jangan hina kerajaan. Jangan cemarkan kemulian lambang serta nama yang berkaitan dengan kerajaan.

Ramai pasti dah tau mengenai buku yang ditulis olek Kean Wong. Kandungan buku ini saya tak tau dan tak minat nak tau pun. Mungkin buku ini berguna. Tak kisah.

Soalan saya, kenapa Jata Negara dihina?

Ramai yang minta penerbit buku ini didakwa di bawah seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang melarang penggunaan apa-apa nama atau lambang yang disenaraikan di dalam Akta itu (termasuk Jata Negara) bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion.

Tapi isu di sini bukan ada pihak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran untuk kepentingan mereka.

Isu di sini adalah penghinaan kerajaan dengan mencemarkan kemulian Jata Negara. Oleh itu, saya berpendapat Akta Hasutan 1948 lebih sesuai.

P.S. Negara itu ibu kita. Kita kena hormat ibu kita walau apa sekali kekurangan pun. Kita kena ingat, negara kita telah memberi kita pelbagai hak dan kebebasan, sama ada kita layak atau tidak. Ingat, Si Tanggang walaupun berjaya menjadi seorang nakhoda kapal kerana memiliki kemahiran dan azam yang kuat, akhirnya ditukar menjadi batu kerana terkena sumpahan ibunya.

Dr Shamser Singh Thind

UTAMABERITAHina Jata Negara: Jangan jadi Si Tanggang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium