Hina Agong; Penganggur menggigil di denda RM20,000 atau 9 bulan penjara - pakdin.my

Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara 9 bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sahril Zainudin, 26, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hasil semakan media, sehingga jam 5 petang, OKS masih tidak membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM9,000 atau 3 bulan penjara atas kesalahan menghantar komunikasi jelik dan RM18,000 atau penjara 6 bulan atas kesalahan menggunakan akaun Facebook palsu.

Dalam penghakimannya, Edwin berkata, mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.

“Tindakan OKS juga yang mewujudkan akaun palsu dengan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib, 31, untuk membuat hantaran itu banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, penyalahgunaan media sosial seperti yang dilakukan oleh OKS dipandang berat kerana penama, iaitu Fatin menerima ugutan culik dan rogol daripada orang awam yang tidak dikenalinya.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil Facebook “Puan Linda”.

Pautan itu dibaca di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 1.05 petang, 2 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Dia turut dituduh secara sedar membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya pada 29 Feb hingga 1 Mac lepas dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira OKS menggunakan akaun individu lain untuk membuat hantaran di media sosial.

Bagaimanapun Sahril, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana telah diberhentikan kerja serta menjaga ibu bapanya yang uzur.

UTAMABERITAHina Agong; Penganggur menggigil di denda RM20,000 atau 9 bulan penjara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium