Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa? - pakdin.my

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara akhir bulan ini.

Ketua Persuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki memberitahu agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bahawa “kertas siasatan itu dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“SPRM kini dalam fasa akhir siapkan siasatan projek itu di mana kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin…dalam dua atau tiga minggu lagi (siap).”

BACA: 反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

Terdahulu beberapa pegawai SPRM telah hadir di bangunan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, untuk mengambil keterangan beberapa petugas di bangunan itu.

Dua pasukan SPRM tiba di tingkat 52, Komtar pada jam 9.35 pagi, yang menempatkan pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P. Ramasamy dan dua exco kerajaan negeri, Zairil Khir Johari serta Yeoh Soon Hin.

Rabu lepas, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri telah menerima surat daripada SPRM untuk menemu bual beberapa exco dan pemimpin negeri berhubung isu terowong dasar laut itu.

SPRM juga sebelum ini telah menahan reman Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, semasa bekas Menteri Kewangan itu menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jeffrey Chew Gim Eam sebelum ini direman selama empat hari bermula 1 Julai lepas bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes terowong ini sangat kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan beratus juta walaupun belum ada sebarang kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Walaupun SPRM tidak menyebut siapa individu tumpuan dalam siasatan ini, namun hampir semua mata pasti tertumpu kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah berjaya dalam saman malunya ke atas Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai laopran mengaitkan beliau dengan skandal ini.

Namun kemenangan tersebut jelas tidak kukuh kerana ia melalui penghakiman ingkar sahaja. Raja Petra tidak hadir di mahkamah untuk membela diri.

Ramai yang hairan Lim Guan Eng hanya menyaman Raja Petra yang diketahuinya berada di luar negara, berbanding menyaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Najib telah menerbitkan berbelas fakta mengenai skandal terowong ini dan mencabar Lim Guan Eng menyaman beliau. Namun cabaran tersebut tidak pernah disambut oleh Lim Guan Eng. – SuaraTV

UTAMABERITATerowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium