[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan - pakdin.my

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, laporan yang diterbitkan Al Jazeera bukan sahaja terpesong daripada fakta sebenar malah tidak membantu usaha negara memerangi pandemik itu.

“Tuduhan Al Jazeera dalam video yang ditayangkan itu ada banyak terpesong dari segi fakta. Sepatutnya mereka membantu kita menangani Covid-19 daripada terus ditularkan.

“Mereka kena faham tugas kita di KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk selamatkan rakyat negara ini dan juga bukan warganegara. Sebab itu kita kena asingkan warga asing,” katanya.

Dr Adham Baba berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1, hari ini.

Terdahulu, Dr Adham turut menegur tindakan Al Jazeera yang dilihat seolah-olah gagal menjadi media yang efektif malah menasihati rangkaian itu agar mencontohi agensi berita tempatan dalam menyalurkan maklumat mengenai pandemik Covid-19.

“Al Jazeera sepatutnya belajar dengan media Malaysia. Contohi bagaimana laporan dibuat dengan begitu tepat sekaligus membantu mengawal penularan Covid-19,” katanya lagi.

Sebelum ini, satu dokumentari telah disiarkan Al Jazeera bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown.

Dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa terdapat unsur perkauman ketika negara menangani penularan Covid-19.

UTAMABERITA Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium