China salahkan Sepanyol, dakwa Barcelona pusat penyebaran Covid-19 bukan Wuhan - pakdin.my

CHINA sekali lagi cuba mengalihkan kecaman masyarakat dunia dengan mendakwa wabak Covid-19 mungkin bermula di Sepanyol.

Hanya beberapa hari sebelum Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memulakan misi penyiasatan di Beijing untuk menentukan punca penularan wabak itu, seorang penyelidik terkemuka China mendakwa mereka ‘mencari’ di negara yang salah.

Wuhan telah lama dikenal pasti sebagai lokasi penyebaran wabak itu yang didakwa berpunca dari kelawar yang dijual di sebuah pasar basah di wilayah tersebut.

Namun Wang Guangfa, pakar pernafasan Universiti Peking yang berjaya pulih daripada Covid-19 awal tahun ini mendakwa WHO seharusnya melakukan penyiasatan di Barcelona.

Katanya, pasukan penyelidik mendakwa mengesan wabak tersebut di dalam air kumbahan pada Mac tahun lalu.

Wang juga mendakwa kehadiran virus itu dalam sampel yang diambil di ibu kota Catalan sembilan bulan sebelum wabak itu menular di Wuhan menunjukkan ia mungkin bermula di Sepanyol, bukannya China.

Sepanyol merekodkan 251,000 kes positif dan 28,385 kematian akibat wabak itu setakat ini. – Dailystar

 

UTAMADUNIAChina salahkan Sepanyol, dakwa Barcelona pusat penyebaran Covid-19 bukan Wuhan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium