Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia - pakdin.my

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang Rabu.

Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Terdahulu, berita kematian Adun itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin Umno negeri dan pusat.

Allahyarham yang juga bekas wartawan Kumpulan Karangkraf pernah dilantik sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 2015 sebelum mengundurkan diri dari jawatan berkenaan selepas pertukaran kerajaan pada 2018.

Dalam dunia hiburan, beliau turut mencetuskan idea penganjuran Anugerah Kewartawan Industri Filem Malaysia (Akifma) pada 2017 bagi mengiktiraf golongan wartawan hiburan yang banyak mengangkat dunia perfileman negara.

UTAMABERITASalam takziah... Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium